Saturday, May 30, 2020

3 Tips MUDAH Abang Speggo buat Bisnes Makanan Delivery dari Rumah

Mungkin ada yang tertanya - tanya, musim PKP ni nak buat bisnes apa? nak jual baju ke? doorgift ke? Apa-apa pun...

Kita semua setuju:

  • Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP buatkan orang ramai tak dapat nak kemana-mana.
  • Duduk rumah, work from home, jaga isteri, suami dan anak-anak.
  • Permintaan makanan delivery di online makin hari makin bertambah..

Banyak gerai-gerai makanan dan restoran terpaksa tutup.


Bila diarahkan stay at home, pengusaha makanan terpaksa cari alternatif lain, iaitu platform online untuk mereka berniaga.


Disamping menyediakan makanan yang sihat dan sedap, para peniaga kena belajar cara baru macam mana nak kembangkan perniagaan mereka di online.


Cakap pasal makanan sedap anda dah baca post ni:




Walaupun pendapatan peniaga makanan tak menentu...


Hari ni, saya akan kongsikan cara atau panduan oleh Abang Speggo bagaimana peniaga terutamanya pengusaha makanan dapat jana pendapatan dan order yang konsisten walaupun selepas PKP dan macam mana anda boleh praktikkan cara tu sekarang jugak.


1. Kaji Jenis Pelanggan Anda


Anda perlu kaji berapa ramai orang di taman, di kampung atau di bandar anda.


Jenis pekerjaan mereka, pendapatan mereka, hobi mereka, atau cara hidup mereka.


Selepas anda dah survey serba sedikit bakal pelanggan anda.


Anda boleh lah pilih menu mana yang anda selesa, cepat dan kena dengan bajet anda.


Lepas tu, anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan, tapi anda perlu ingat, stok bahan mentah semakin berkurang, jadi  kena plan awal-awal bahan masakan anda.


2. Rancang Plan Pemasaran


Bila anda dah ada bahan masakan yang nak dimasak, anda kena fikir macam mana nak market bisnes anda?


Waktu PKP ni platform yang paling hangat digunakan ialah platform WhatsApp dan Facebook.


Anda juga boleh pasarkan bisnes anda di Blog, Twitter atau di IG.

Anda juga kena rancang waktu bila anda nak iklan bisnes anda, bila pulak nak ambik order...


3. Kira Untung Rugi Bisnes 


Perkara penting yang anda kena jaga adalah untung rugi bisnes anda.


Anda kira kos bisnes anda dari setiap sudut, cuba brainstorm apa yang anda guna untuk anda masak masakan anda dan deliver produk anda kepada pelanggan.


Seperti contoh:


  • Bil internet
  • bil letrik
  • petrol
  • caj rider
  • bahan mentah
  • minyak masak
dan lain-lain lagi...


Banyak lagi tips yang diberikan oleh Abang Speggo dalam buku panduan nya...


Sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut selok belok bisnes makanan delivery, anda boleh klik gambar di bawah ni:




Anda dah baca artikel ini:

No comments:

Post a Comment